Sunday, September 7, 2008

reflection

i got this from a dear friend. good enough to reflect on oneself of what i've been doing all this year. 
"Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan. Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya. Namun allah yang Maha Pencipta“kadangkala kita berdoa untuk kuat tapi banyak dugaannya, apabila kita minta cerdik tapi masalah pula timbul, adakala kita meminta kebahagiaan tetapi huru hara pula, namun sebenarnya dugaan itulah menjadikan mental kita kuat, masalah itulah menjadikan kita berfikir, huru hara itulah menjadikan kita tabah, namun sekiranya kita melihat hikmat setiap kejadiaan itu.. kalaulah manusia tahu hadith ini” telah berkata jibril a.s : wahai tuhan , engkau sampaikanlah hajat hambamu ini, maka Allah s.w.t menjawab : biarkanlah hambamu itu, kerana aku mencintai suaranya.. (yakni suara orang beriman yang sentiasa berdoa)”riwayah anas bin malik r.a.. "

No comments: